Sunday, January 25, 2009

Miskin.... betul ke???

1st skali, aku nk habaq awal2 yg aku xberniat nk menghina sesiapa... aku just ckp berdasarkan pendapat.. bukan nk memandai suarakan pendapat, tapi just nak buat sedikit mental exercise..

baru2 ni aku kerap gak tgok TV... bersamamu la ape la.. mgkin sbb xtau nk wat ape kt Temerloh yg sememangnya tiada apa. Adelah beberapa paparan ttg kesusahan orang miskin. hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. sedey la. sampai makan siput pun ade.

bile difikir2kan, betul ke diorang ni susah. mgkin betul. tapi dah abes ke segala mende diusahakan utk mengatasi kesusahan itu? mungkin diorg berusaha, tapi usaha2 yg kuat tapi sangatlah sedikit hasilnya. contoh mcm dari pagi ke petang, satu keluarga gi cari siput bersama2.. pulang di petang hari, dapatlah rezeki sejemput cuma. cukup utk hari tu shj. esok keluar lagi, cari lagi. al hasil, sampai sekian lama pun xdapat ubah kehidupan...

aku bagi satu lagi contoh.. ni contoh yg positif...

sorang patient aku ni, warga melayu kemboja.. datang sbg pelarian perang mencari perlindungan.. kompem a miskin. dtg sehelai sepinggang.. perempuan plak tuh.. tapi, dlm umur 35, dah jadi pengusaha ikan patin kt Pekan.. walaupun xlah mewah mana, tapi dia kata, bolehlah nk wat simpanan masa depan..

cube fikirkan, mcmana warga asing boleh berjaya di tanah air kita sedangkan rakyat sendiri masih makan siput? warga asing ni pun asalnya miskin gak.. lagi teruk.. datang Malaysia tanpa handai kenalan... dgn xtau bahse malaysia nye lagi..

Bagi aku, ikut pendapat aku lah, golongan yg miskin dan susah mcm ni, punca sebenarnya ialah, diorg tidak mampu berfikir. Diorg tak dapat gambaran dan idea, bagaimana nak ubah sket nasib yg dah sekian lama sebegitu. Sekali lagi, bukan nk menghina sesiapa, bukan nk merendahkan sesiapa dan bukan nak tuduh mereka2 ni malas dan xnak berusaha. Tak boleh nk salahkan mereka gak. Mgkin mereka tak punya cukup pendedahan. So tak terbuka minda mereka untuk berfikir jauh sedikit...

Ade satu kisah ni, suami dia sakit.. xdpt kerja berat.. kerja ringan2 je…so, pendapatan x seberapa dan keluarga jadi susah.. yg peliknya, si isteri jadi suri rumah je…. bukan ape.. kalau dah susah, usahalah lebih sket.. jual kuih ke.. jual nasi lemak ke.. tak perlu la duduk je kt rumah meratapi hari2 yg telah berlalu mahupun yg mendatang.. inilah yg aku rasakan sbg salah satu kes tidak mampu berfikir… sekali lagi, jgn terburu2 salahkan mereka. Mungkin mereka x nampak jalan penyelesaian.. mungkin juga, xtau masak.. masak pn xseberapa, takut xde org beli..

Mcm dah abes idea je… k la.. aku wat kesimpulan terus je la.. Tuntasnya di sini, org2 sebegini, kita jgn bagi ikan…. Kita bagi mata kail.. maksudnya, kita jangan hanya menderma, member sumbangan berbentuk harta bende atau wang.. mende2 tu akan habis ditelan zaman.. nak2 org yg tak penah dapat duit… time tu la sibuk nk pi beli hset bagi kt anak sorg satu.. time tu la sibuk nk pi tukaq langsir pinggan mangkuk kasi jiran jenguk..

Sebaliknya, bagi mereka kemahiran.. bimbing mereka, bagi pendedahan… kasi la mesin jahit ke.. belajar la jahit sikit2 pastu start amek upah pulak ke.. bole la jana pendapatan keluarga… xpun ajar berniaga lain… cucuk tanam ke (diorg ni miskin, tapi ade je yg ade tanah… yg kt bandar tu, biarpun nampak senang, belum tentu ade…) masak2 ke… pastu bagilah bantuan pasaran ke… bagi diorg optimis sket nak usaha ubah nasib mereka…
ingat… bukan semua kita yg berjaya skrg ni berasal dari keluarga yg dah sedia senang… takde kesenangan yg diperolehi tanpa menempuhi kesusahan… DAN.. kesenangan yg datang xkan berpanjangan… oleh itu di kala senang, jangan lupa daratan… SATU LAGI… jangan difikir derita akan berpanjangan… kelak akan membawa putus asa pada TUHAN… ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan… setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali (haha.. lirik nasyid sbnarnye nih!)

2 comments:

Y0nd13 said...

Sell a man a fish, he eats for a day,Teach a man how to fish and you'll sell him your fishing equipment for the next five years.

Problem die satu je, kemalasan dan give up yg cepat. Satu hal lagi aku tak paham nape nak anak ramai kalo susah i mean ..

Awis Qarni said...

kemalasan dan give up cepat.. tu sesuatu yg perlu kita bantu... berikan motivasi dan bimbingan.. bukan semua org mempunyai IQ, ketahanan mental yg sama.. semua ni depend on pendedahan dan didikan awal..

bukan org susah je yg mcm tu.. org yg dah sedia senang lagi ramai.. tak boleh dapat susah.. tak berani mencuba.. xberani amek risiko.. tak kreatif.. hasilnya, jadilah seperti org susah... harta bapak menggunung pun jadi kawah... bukan setakat abes, negatif lagi... bersenang2 dahulu, bersusah la kemudian...

pasal anak ramai ni, bukan diorg yg nak.. diorg xtau menahu langsung pasal contraception.. padahal ble je amek free kt spital.. nak g spital pon satu hal lagi.. penuh prejudis..

tapi.... jgn la sesekali menyalahkan mereka... kita yg bertanggungjawab menerangkan dan memberi pendedahan... tu la tggungjawab utama wakil2 rakyat kalo nk basmi kemiskinan... bukan turun padang menderma dgn cek sebesar pintu bile nk dekat2 pilihan raya...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin