Saturday, October 3, 2009

......sejak itu aku berazam utk menjadi sopan dan rendah diri…

Sister adalah panggilan utk Ketua Jururawat.. Diorg pakai uniform biru muda. Kalo x silap aku, di hospital, setiap wad, akan dijaga oleh seorang sister. Kebanyakan sister, pada pendapat aku, merupakan seorang yg baik, bersikap professional, sentiasa tersenyum, menegur dengan penuh berhikmah, dan yg paling penting, sentiasa menggalakkan nursing student supaya mengorat medical student.. (sister ward surgery..) haha!

Tapi yg sorg sister ni memang pelik.. Sister XX (of course bukan nama sebenar).. asyik nk carik pasal ngan student je.. tak kisah la kalo ade kisah silam nk ngorat doctor time jd nursing student dulu, tapi kene reject mentah2 ke, tapi jgn la balas dendam kt kami..

Aku dah lupekan citer ni, tapi mendengar pulak pengalaman budak2 3rd year baru2 ni, kembali mengundang kisah yg xbest ni..

Setahun lalu, di suatu petang Kamis yg aku tak ingat bile.. time ni aku masih di 1st posting 3rd year.. posting medical..

Petang ni, aku n sorg member berjaya memujuk sorg male patient with infective endocarditis yg sgt la tak cooperative, utk buat CVS examination kt dia.. Mood dia agak baik petang ni.. tapi dgn satu syarat.. dia sgt panas.. so dia xnak kitorg tutup curtain.. Dah berhari2 member2 lain cube pujuk, tapi tak dapat.. so, utk tidak melepaskan peluang yg ade, maka, di tengah2 ward itu, kami examine dia tanpa menutup langsir..periksa dada je pn.. bukan kemaluan..

Tiba2 datang sister XX.. pelik gak aku.. dia bukan sister ward ni.. camne boleh muncul di sini.. aku cube mengabaikan kehadiran dia (time ni dah dengar pengalaman2 hitam member yg duk kt ward dia..).. Ingatkan bile abaikan, bolehlah selamat, rupenye tidak… tetibe kedengaran suara parau menyapa kami dgn segala santun dan budi pekerti seorg perempuan Melayu yg diabaikan sama sekali tanpa salam pembuka bicara;

U all tgh buat ape ni??”

kami menjawab, “buat CVS examinatn”…

ooo…. mmm… U all ni sape??” Tanya dia lagi.. aku tak dapat nk ceritakan cmne mimic muke dia sbb aku mmg tak pandang muke dia.. haha!

Kami medical students…”…

Ooowwh…! medical students… saya ingat specialist tadi…” (buat2 terkejut smbil sebelah tangan diletakkan ke dada dgn hanya jari-jemari menyentuh dada.. dpt bayangkan?)… “kamu dah expert sgt ke wat CVS exam ni??”

dengan selang masa sepuluh saat, aku menjawab, “tak.. kami tgh belajar la ni.. ” penuh sopan yg dibuat2..

ooo… belajar lagi… habes tu, tak malu ke semua org nampak kamu, medical students yg tak expert ni, buat examination kt tgh2 org ramai ni??..”

Gambar yg aku lukis xsampai 5 minit sebaik pulang dari ward

time ni aku dah mule paham ape motif dia.. tapi still xnak buat… still buat2 xpaham.. Silent moment dibiarkan dgn berlatarkan kicauan unggas mengisi kekosongan petang…

tak paham2 lagi ke?? tutup la langsir ni!! saya tau la patient ni laki, tapi peraturan kene la ikut!!”

aku terpaku jap.. lantas member menjawab, “patient refuse to be examined kalo kami tutup langsir.. dia panas..

dgn nada tak puas hati kerana merasakan hujah kami relevan, dia membalas, “berjam2 ke kamu examine?! tutup sekejap takkan panas la.. kenape kamu dengar sgt ckp patient??

dan seraya itu, patient ni pn mencerabah ke arah Sister XX, “saya panas!! jgn tutup langsir!

Muke Sister XX jadi merah padam.. aku mmg tak pandang muke dia.. yg aku perasan, ade asap berkepul2 keluar dari serombong hidong dia.. serentak dgn itu jugak aku menarik langsir.. bukan sbb aku nk ikut cakap dia.. tapi, hanya dgn berbuat demikian, kehadiran dia kt situ dapat dihijabkan.. sbb dia berada kt luar kawasan langsir, sebaik aku tutup langsir, secara automatic dia terhalau dari pandangan kitorang.. haha!! aku buat dgn penuh sopan, membongkokkan badan yg penuh tatasusila (sebelah tangan diletakkan di belakang pinggang..), supaya dia tidak ada alasan utk mengatakn aku kurang ajar dgn dia.. walhal, dlm hati, Tuhan saje yg tahu..

pelik betul.. perkara kecik pn nk besar2kan.. byk lagi mende penting dlm ward ni.. isu patient tak sembahyang masih masih bertimbun2 dan belum selesai lagi.. kalo betul pn mandatory bebenar tutup langsir tu, boleh je tegur dgn berhikmah.. lagipun kami ade alasan kukuh.. bukan ke kehendak patient perlu diutamakn selagi tak menganggu management? ape salahnye jadi flexible?

sejak itu aku berazam utk menjadi sopan dan rendah diri… wpun setakat ni, hampeh tak tercapai walau sekelumit pn azam itu, namun setiap kali teringat Sister XX ni, sedikit sebanyak memberi peringatan kpd aku supaya menjadi doctor yg baik..

The Coolest World Photos - iGetty.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin