Friday, January 29, 2010

Semua ibu pun akan bangga…

Cuti lagi.. seperti yg aku plan, aku nk abeskan byk masa tolong abang aku kt bakery.. at least teman dia sembang.. sedang aku sibuk kemas2 meja, tetibe datang sorg makcik.. macam ku kenal makcik ni.. tetibe teringat kisah 6 tahun lalu…

-------------------------------------------------

Time tu aku dh masuk matric UIA.. balik JB jap.. dan mcm biase pegi kedai tolong2 abang aku.. tgh tolong2, makcik yg same dtg.. aku mmg kenal dia sbb dia mak member aku… Azam (bukan nama sebenar)..


Lepas bertanyakan mcm2 kek yg kompem kedai aku xkan buat, dia pn bertanye aku,

“eh, kamu ni kawan Azam kn? Kt mane skrg ni?”..

“saya kt matric UIA…”..

“oo.. Azam dpt gi US (bukan tempat sebenar)… kamu buat ape kt UIA? Jadi ustaz ke?”

“tak.. saya buat medic…”

“oo… medic… tapi Azam gi US buat master terus tau..” tak nak kalah.. siap ade ‘tapi’.. haha!

Aku balas balik “tapi makcik, saya grad nnti dpt title ‘Dr’.. haha!!” tapi aku balas dlm hati je la.. gile bongkak kalau jawab cmtu kn..

Then makcik tu pegi tanpa beli ape2… wpun sblm tu dia ade tnye cheesecake.. lepas aku jawab ade jual cheesecake, xde pulak dia nk beli.. haha!!


---------------------------------------------------------


Then selepas 6 tahun dia dtg lagi…

Masuk2, seperti 6 tahun lalu, dia bertanya mende2 yg xde… lepas tu dia Tanya aku,

“ni adik-beradik Awis kan? Awis kt mane?” (mungkin aku tak sekurus dulu.. so dia x kenal.. haha!!)

“saya la Awis… ni mak Azam kan?”

“ooo… ni Awis.. Azam kt US lagi tgh sambung Master dia… bulan depan adik dia pulak nak pegi US ni.. dpt tawaran mcm dia gak.. ”

….dan fahamlah aku tujuan kehadiran makcik ni.. haha!!!

Dan seperti biase, makcik ni pergi tanpa mmbeli apa2..
Tapi.. salah ke makcik tu nak bangga? Ibu mana la yg tak bangga akan kejayaan anak2… banyak antara kita yg agak jelik dgn ibu2 yg bercerita ttg anak masing2.. tapi kite kene sedar, itu la hiburan mereka.. aku refer kpd aku sndiri gak… kadang2 ianya berlaku kepada ibu bapa kite sndiri… biarlah mereka nak berhibur…

2 comments:

||Aku Pemikir|| said...

weh..aku amek link ko ek..salam ziarah..:)

Qarnikuri said...

sile2.. haha Yoyo..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin