Monday, July 20, 2009

koleksi karyapek..

dalam pada aku membelek2 blog lame, terbace la bbrape post yg best wpun ditulis semasa jiwa kacau.. tapi still best.. (bagi aku.. perasan sensorg).. maka aku pn terpikir utk repost mende ni...

Angkara Kak O…
November 29th, 2006

“Huuhh!!!” Kak O (bukan nama sebenar) mendengus kencang.. geram.. sakit hatinya.. “I’yyyshhh!!” Dia menjerit penuh feminin… kali ini berserta hentakan kaki sederhana manja bersilih ganti. Jeratnya tidak mengena.. penat ditabur segala usaha.. disemai benih penuh teliti.. disiram setiap hari dibaja seikhlas hati.. namun tetap tidak membuahkan hasil.. “’Aaahhh!!!” tidak sudah-sudah dia melepaskan geram. Cuma yang berbeza kali ini, kejantanannya agak tergementit lantaran keculasannya dalam menijtidaah kerongkongnya.

Hatinya bertambah sakit melihat orang lain tidak perlu melabur sebarang umpan untuk hasil yang sama.. apa kekurangan yg ada padanya? Bertalu-talu soalan bercemiaran di segelinap suntuk otaknya… makin difikir makin tajam duri yang sudah sedia tercucuk kejam ke dasar ungkir hatinya… Aaah!!! Mengapa perlu difikir lagi!!! bentak hatinya..

Kak O tidak berputus asa. Dikantirkan lagi usahanya. Kali ini lebih berstrategi. Mesranya, ramahnya semakin lupar dimontet, semakin manis diolah. Adakalnya melampaui batas tabii. Mangsa baru menjelma. Jerat dipasang umpan dikonyah.. akhirnya.. "Haahh!!!" Seperti membuahkan hasil nampaknya.. benih semakin bercambah.. semakin menggeramkan.. namun masih rapuh.. masih mudah layu.. mudah terlepas.. perlu berjaga-jaga.. Mengambil pengajaran dari luka singgara lama, dia tidak betah gelojoh menjamah santapan yang hampir terhidang. Sajiannya perlu rapi. Hiasan perlu menambat jiwa biarpun bak menjerumus diri ke dalam rahang sang buaya.

Tersenyum Kak O. Andaikira kecewanya sebelum ini terlepas satu mangsa, kini… penggantinya.. bukan satu malah tiga.. kenyang Kak O.. kenyang.. “Ihiiii.... Hik!” Tawa gedik cerlisnya berangankan keadaannya yang disentel untung kononnya. “Ahaaa....… Ihik!!” gediknya takkan terhenti mengukurkan keadaannya sekarang. Mujur hanya terpengkata dalam hati semata. Kiranya terpancul keluar dari muncung bibirnya, pasti mengundang tamparan peluluh tulang sulbi daripada sesiapa sahaja yang melihat tatkala itu.

Hari-hari menanti penuh debaran.. adakah mangsa kali ini akan berkekalan? “Huh!!” keluhan kecil terkeluar. Terlalu banyak ancaman buatnya. Mana mungkin orang sekeliling tidak perasan. Sudah lama dia memikirkan perkara ini. Namun lantaran jimbara kemelanti luhur cintanya yang entah bagaimana, dia mengintarkan semua itu.. Dia tetap dia.. kerana dia adalah dia maka dialah yang sentiasa betul.. sentiasa menang… dalam mahkamah nafsunya…

AWAS!! Terdapat 14 perbendaharaan kata yang tidak berdaftar dengan DBP. Dilarang menggunakannya dalam apa bentuk penulisan sekalipun)

1 comment:

Anonymous said...

awis, ak rse ko ni sesuai sgt keje kat DBP la... hahahha
ko boleh cipta perkataan baru (wlpn kdg2 perkataan tu either mengarut or terbelit lidah nk menyebut!)

xdela cam dbp skrg ni asyik nk amek pkataan2 omputeh je, nmpk sgt xde idea nk cipta pkataan baru..

Guess

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin