Saturday, February 28, 2009

terkantol..

Hsopital Temerloh mmg best.. sgt berbeza ngan Hosp Kuantan.. cantek, selesa, canggih, sejuk, kantin yg byk makanan dan tak berbahang kepanasannya, staf yg sentiasa tersenyum (kerja xbyk).. dan paling penting nurse yg cantek, mesra dan berbudi bahasa...

tapi...

ade sorg staff yg aku tak tau siapa dia sebenarnya, sgtlah cengih... mungkin org besar hospital ni kot.. ari tu dgn cengihnye dia menegur student sbb bwk whitecoat ke kaunter makanan kt kantin.. oklah.. salah kami..

then aku terjumpe dia lg time jalan2 dlm hospital time lunch hour, kene marah and bebel.. dia kata "pass yg awak pakai ni, utk dlm ward Paediatrics shj.. bukan utk jalan2 sesuka hati... ini bukan Taman Rama2 ye..." rase nk tergelak gak dgn ape yg dia ckp tu, tp sbb muka dia sgt bengis, terpaksalah aku tahan...

pastu time aku tgh wat ward work dlm paediatrics ward, aku terjumpe lg dia, dia tgh marah HO.. marah giler2 nye marah.. tak dapat plak aku nk tangkap ape lah kesalahan akak HO tu.. sian dia...

then baru2 ni aku ade teaching kt library hospital.. sbb bilik tu kecik tapi ramai sgt yg berada di dalamnya, bilik jd panas... aku pon kuar jap gi tandas nk sejuk2 kan badan.. Tandas paling dekat, tandas Staf.. mm.. masuk je la..,

masuk2 je aku terserempak ngan si bengis ni lagi... alamak... aku pon cuci2 muke laju2 then kuar, takut dia bebel plak sbb masuk tandas staf.. tapi aku cm terperasan yg dia mcm terkejut, then nk cover something.... mmm... aku terbau asap rokok....

lantaklah, aku pon gi surau depan tandas tu utk menyambung proses menyejukkan badan, bile aku nak kuar je, tetibe dia masuk surau... tetibe je muke dia yg bengis tu, terpalit senyuman yg pura2 manis, menegur aku dgn mesranya sekali... pastu sembang2 panjang... citer pasal library ni nak compare ngan pustakaan negara la... pasal aircond la... pasal buku la.. lama giler...

mmm... biasalah tu... itulah kelakuan tanpa sedar org yg tgh serba salah.... terkantol hisap rokok dlm hospital yg merupakan kwsn larangan rokok... org besar hospital plak tuh...

Sunday, February 15, 2009

Mengapa Yahudi Bijak??

Artikel ni aku copy dr blog mane ntah... mingkin ade betulnya... ditulis oleh seorang doctor bangsa Amerika Syarikat....




Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Friday, February 13, 2009

Kalau Tuhan Kita Kenali

download lagu ni.. http://www.aimini.net/view/?fid=1gPkMcdSn7EWSNkjxuqN




Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi


::Lyrics By:: ~Saifuddin Ismail~
~dynn3185@yahoo.com~

Wednesday, February 4, 2009

aku dan paediatrics....






dulu...
aku sgt sukakan budak kecik...
member aku cakap.. dia perasan.. kalo aku jalan2 tetibe nampak budak kecik... nak2 budak kecik pompuan pakai tudung renda2, mata aku jadi bulat... jadi besar sket.. member tegur pun tak layan...



aku pernah bercita2 nk jadi cikgu tadika... aku pernah luahkan cita2 ni time kursus motivasi form 4... satu group tu gelak... ade yg cakap... sure tadika tu tetibe ketiadaan murid... wu...




tapi bile dah masuk posting paediatrics ni.. baru aku tau.. wu... aku je yg sukakan budak kecik.. diorang xsuke aku.. wu... cintaku bertepuk sebelah tangan... bile tgok member2 lain seronok je ngan sorg budak ni, aku cube gak menyibuk nk join.. tapi... budak ni nangis... tak adil.. ngan org lain dia ok je.. member aku kate aku kasar dan xmesra ngan budak2...


nak examine patient pon satu hal.. tapak tgn aku je dh boleh complete chest ngan abdominal examination skali gus.. terpaksa buat dgn sgt gentle.. nk palpate pon guna satu jari je.. nasib baik before this posting obstetric and gynaecology.. so mmg dah selalu maki spy be gentle wif patient.

dengan segala kepayahan... cube mcm2 maneuver.. akhirnya berjaya gak aku menyelinap masuk umah kecik ni.. hehe... nk bergambar nye pasal...

alamak..!! doctor dtg plak!!

terpakselah aku ngan susah payah gak keluar balik...


hari ni aku nak try bagi rasuah sket kt budak2 nih.. kalo bagi mainan, baby ble lah.. time nak blah nanti amek je balik.. kalo budak yg beso sket, nnti dia kate buruk siku plak... abes a duit aku asyik beli mainan. kalo bagi jajan (makanan ringan bahse org johor) diorg x layan sgt.. lgpun bak kata dr. wong, ade ke patut doc ajar patient makan mende2 tak healthy plak.. so dia cadang bagi sticker... mmm.. menarik... so aku pon belilah sticker ngan sekian banyaknya... murah je.. satu tu RM1 je.. kalo bagi kt diorang, sure diorang appreciate compare ngan bagi sekeping duir RM1.. canggih a sticker skrg... sume plastik.. kalis air.. murah je plak tu...




siap aku main tampal2 kt file aku lagi.. aku plak yg main...

dah abes puas belek2 sticker ni (rase cm suke sgt plak sticker nih), baru aku teringat sesuatu.. itupun setelah member aku ingatkan.. la.. kan aku ade byk lagi buku mewarna Mu'az? daripada bagi sticker ntah ape2 ntah ni, baik bagi buku2 tu je.. ble gak diorg wat warna2 kat ward... dapat gak dakwah sket (cheh....)... free je dpt pahala... mmm...




byk lagi buku nih.. 90 lebeh lagi kot.. sape nak, bgtau.. dulu aku jual utk kewangan satu kelab ni.. tapi memandangkan kelab ni pun byk lagi sumber kewangan yg lagi besar, so aku nk bagi budak2 je..

wu.. cmtulah paediatrics bermula... xpelah... tggu je lah ade anak sendiri nanti... xkan ngan ayah dia sendiri pon diorg xsuke gak... takkan ngan ayah sendri pon diorg nak kene dirasuah gak kn?....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin